PENDAFTARAN HAJI TERBUKA

  • Mempunyai Akaun TH.
  • Mendaftar dengan TH.
  • Copy Slip Pendaftaran TH
  • Simpanan minima dalam akaun TH RM 10,000.
  • Mengisi borang pendaftaran Haji dengan lengkap (setiap seorang)
  • Gambar 4 keping (Gambar terbaru)
  • Wang Pendahuluan Sebanyak RM2000,00.

KURSUS HAJI BERSIRI

  • Menganjurkan Kursus Haji bagi peserta yang mendaftar dengan Zahafiz Travel.
  • Mempunyai 16 siri.
  • Tempat     :
    Masjid Fastabiqul Khayrat,Batu Tiga
    Masa : 02:30 Petang – 04:30 Petang
  • Bermula Rabiulawal hingga Jamadilakhir Tahun semasa.(Jadual akan diedarkan di Masjid)

PEMERIKSAAN KESIHATAN

  • Bakal Jemaah Haji mestilah memiliki Buku Rawatan-diperolehi di TH pada masa yang ditentukan.
  • Pemeriksaan dilaksanakan Bermula Jamadilakhir hingga Sya’aban tahun semasa.

URUSAN PASSPORT HAJI

  • Passport  Malaysia (Tarikh sah lebih 6 bulan) (setiap seorang)
  • Perlu dihantar  ke TH pada masa yang ditentukan untuk urusan VISA HAJI anda bersama-sama dengan  2 Keping gambar ( Saiz 6x4 cm,berlatar belakangkan putih,zoom muka 80 %,Tudung Hitam (wanita), Tidak perlu pakai topi @ songkok (Lelaki) (setiap seorang))
  • Surat akan dikeluarkan untuk urusan Tandatangan dan cop jari Passport Haji.
  • Jemaah haji akan diberikan sekeping Lencana sebagai pengenalan di Tanah Suci.
  • Passport haji hanya akan diserah semasa urusan ‘Check-In’ di Komplek Haji.

GELANG PENGENALAN DIRI

  • Surat akan dikeluarkan /panggilan telefon akan dibuat untuk urusan pengambilan gelang pengenalan Haji .Penyerahan  akan dibuat apabila GPD  telah diterima daripada syarikat pembekal .
  • Ataupun GPD akan diserahkan kepada jemaah semasa sesi Pendaftaran bersama dengan Zahafiz Travel di Kompleks Tabung Haji pada hari ingin Berlepas ke Tanah Suci.

KURSUS HAJI PERDANA

  • Kursus akan diadakan selama 2 hari (2 Hari 1 Malam )
  • Dilaksanakan pada bulan syawal.